1. DALIL DARI AL-QURAN
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)
Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya. (Hadis Dha'if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)
Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami. (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin. (Hadis Dha'if riwayat Ibnu Majah)
Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)
- Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:
"Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat."
- Saidina Abbas r.a. berkata:
"Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin."
- Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:
"Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.
- Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua'z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:
"Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. "
- Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.
- Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:
"Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak."
- Sufian bin Uyainah berkata:
"Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. "
- Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya:
"Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang."
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.
- Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.
- Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.
- Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.
1.Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.
1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh subur dan selamat untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 - 49) tahun. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi menghindarkan maksiat.







0 ulasan:
Post a Comment