BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tentang diriku....

Diriku hanya insan biasa, pasti pernah merasa erti gembira, erti kesedihan, erti kesusahan, dan pernah merasa betapa sakitnya bila dilukai.. dan semua itu adalah pengalaman berharga untuk diriku...

Friday, February 10, 2012

Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila MenghadapI Masalah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana hambaMu masih diberi peluang untuk menikmati kebesaranMu hari ini.Semoga hamba sentiasa berpeluang dan menggunakan sisa2 kehidupan hamba dengan berkongsi ilmu dan pengetahuan yang diberikan di bumi ini. Insyallah..

Hari ini saya ingin berkongsi cikit story tentang pasangan anda yang suka mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tak kiralah masalah di tempat kerja ke, kewangan ke, rakan-rakan ke, keluarga ke. Semuanya pasangan anda tidak mahu berkongsi dan lebih selesa mendiamkan diri. Terutamanya golongan ADAM. Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?


Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.

Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?


KERANA INI SIKAP SEORANG LELAKI (^_^)

Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.

Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.

Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).

Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.

Dulu saya pun tidak faham kenapa En. Hubby saya mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas En. Hubby saya terangkan kepada saya kenapa dia jadi sebegini, kenapa dia jadi sebegitu, barulah saya faham sebabnya. Dan kini saya akan memberikan En. Hubby ruang dan masa untuk bersendirian ketika En. Hubby memerlukannya. hehehehe...(thanks dear~) luv u so much..

Mudah-mudahan dengan story ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya. 


p/s:Hargailah pasangan anda yang ada di depan mata anda..


With love,

Chenta_Hati

0 ulasan:

Cinta Pertama

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara